Q&A Perkahwinan
Home
Direktori Perkahwinan2u

  Layari Portal Baru http://www.perkahwinan2u.com

Perkahwinan2u memperlawa mana-mana pihak yang ingin mengajukan sebarang persoalan mengenai perkahwinan.  Sila hantarkan soalan tersebut kepada perkahwinan2u@email.com Soalan dan jawapan tersebut akan dibalas oleh panelis jemputan Perkahwinan2u dari masa ke semasa

 

SOAL-JAWAB PERKAHWINAN BERSAMA

USTAZ MUHD NOR KASIM

Ustaz Haji Muhd Nor Kasim adalah Tok Kadi Wilayah Persekutuan sejak awal 80'an. Dengan usia 62 tahun, beliau mempunyai seorang isteri dengan kurniaan 9 orang cahayamata dan 4 cucu. Beliau yang juga merupakan generasi pertama Kolej Nilampuri, Kelantan memulakan kerjayanya sebagai guru. Kemudiannya dilantik sebagai Pengawa di Tumpat, Kelantan. Di hujung 70'an. beliau berhijrah ke Kuala Lumpur setelah ditawarkan jawatan di jabatan agama dan Pusat Islam. Di antara jawatan yang pernah disamdang ialah:

  • Ketua Pengarah, Bahagian Amar Maa'ruf, JAWI
  • Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Nikah, Ruju' dan Cerai, JAWI
  • Ketua Takmir Masjid Seluruh Malaysia
  • Penolong Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Pusat Islam
  • Pendakwa Syarie Jabatan Agama
  • Pengurus Kursus Perkahwinan di KL sebelum diswastakan oleh JAWI

Sekarang beliau bertugas sebagai Pengerusi sebuah syarikat swasta di KL, Peguam Syarie, Imam Jurunikah (di beberapa kawasan sekitar Cheras, Kajang dan Sungai Besi), Imam Masjid, Fasilitator Pusat Khidmat Masyarakat dan Penceramah Kursus Perkahwinan yang diiktiraf untuk seluruh negara.

SOALAN

Walaupun telah terdapat persoalan berkaitan dengan anak luar nikah sebelum ini, saya masih tidak berapa jelas, di sini saya ingin bertanya lagi dimana seseorang gadis telah mengandung 1 bulan lebih dan berkahwin dengan teman lelakinya dan kira-kira 7 bulan kemudiannya melahirkan seorang anak perempuan, apakah anak tersebut dikira sebagai anak sah taraf dan bagaimana pula hal-hal yang berkaitan dengan perwalian, auratnya dan hokum faraid? Terima kasih.

 

 

JAWAPAN

Perbuatan seseorang wanita yang menyerahkan mahkota dirinya dan mengandung hasil dari ketelanjuranya bersama boyfriend atau tunangnya adalah tindakan yang amat berdosa. Dia wajiblah bertaubat seberapa segera. Dan bagi mengelakkan fitnah yang lebih besar dan merbahaya, eloklah wanita atau lelaki yang berzina berkahwin dengan pasangan yang dizinainya.

 

Bagaimana pula kedudukan anak di dalam kandungan si ibu tersebut? Anak tersebut tidak berdosa dan haram digugurkan. Terdapat fatwa ulama yang mengatakan bahawa wanita yang berkahwin secara sah, kemudian melahirkan anak setelah enam bulan berkahwin, maka anak tersebut menjadi anak sah taraf. Bererti anak tersebut boleh dibin atau dibintikan kepada si bapa. Implikasinya, bapa itu boleh menjadi wali kepada anak tersebut (jika perempuan) apabila dia ingin mendirikan rumahtangga kelak. Dan, di antara kedua-duanya boleh pusaka-mempusakai, tidak timbul masalah aurat dengan sebab bahawa mereka adalah anak-beranak.

 

Mereka yang hampir, sedang atau telah terlibat dengan hubungan cinta tidak terkawal seperti ini, kembalilah ke pangkal jalan kerana rahmat Allah itu luas.

 

Wallahualam