Make your own free website on Tripod.com

::Alternatif Perkahwinan2u.com::
Pengenalan Kursus Kahwin

Home

Renungan
Kad Kahwin Wangi
Kad Jemputan Import
Kursus Kahwin
Katering-Kanopi
Baju & Pelamin
Soal-Jawab Perkahwinan
Galeria
Pembayaran
Quick Feedback

MODUL BERSEPADU KURSUS PRA-PERKAHWINAN ISLAM (MBKPPI)

 

PENGENALAN

Kursus Perkahwinan merupakan kursus wajib kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam yang ingin mendirikan rumahtangga. Ia dijalankan mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam (MBKPPI). Hakciptanya terpelihara di atas nama Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). MBKPPI telah mula diperkenalkan pada tahun 1997 dan diperkemaskinikan dari masa ke semasa.

 

PENGANJUR

MBKPPI adalah piawai rujukan dan panduan kepada Jabatan Agama Islam Negeri dan syarikat/ penganjur yang melaksanakan Kursus Perkahwinan di negeri-negeri tanpa sebarang pindaan.

Di antara pusat penganjur sekitar Kuala Lumpur yang bertauliah ialah:

  1. Pusat Bimbingan Bahagia, Cahaya Suria
  2. Pusat Kesedaran Insan, Cahaya Suria
  3. Akedemi Al-Syafei
  4. Zura's Akademi
  5. Pusat Kad & Kursus Kahwin (E Tijarah Ent.), Semua House
  6. Pusat Kursus Perkahwinan Ibukota, Pertama
  7. Pusat Keusahawanan dan Pembanguan Insan (PKPI), Medan Mara
  8. Pusat Bimbingan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri
  9. Darul Irsyad, Kampung Baru
  10. Persatuan Pegawai-Pegawai Masjid Wilayah Persekutuan
  11. Yayasan Dakwah Islam Malaysia

 

KEMUDAHAN

Para peserta akan disediakan beberapa kemudahan seperti berikut:

  1. Dewan Kuliah yang selesa.
  2. Alat siaraya (PA System)
  3. Kerusi-Meja yang mencukupi
  4. Alat Audio Visual seperti OHP / LCD Projector, Transperensi
  5. Papan Putih dan peralatan alatulis.
  6. Bahan rujukan atau fail untuk peserta
  7. Tempat Solat
  8. Makan-Minum

 

TEMPOH KURSUS

Tempoh kursus hendaklah memenuhi tempoh masa dan jumlah jam yang ditetapkan oleh MBKPPI iaitu 13 jam kredit. Kebiasaannya, pihak penganjur menjalankan kursus perkahwinan pada hari Sabtu dan Ahad seperti berikut:

Sabtu              : 2.30 petang 6.30 petang

Ahad               : 8.30 pagi 6.30 petang

 

KADAR BAYARAN

Yuran yang dikenakan tidak boleh melebihi RM100.00 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja) bagi seseorang peserta.

 

PEMUDAHCARA

Pemudahcara yang akan berkongsi tajuk dengan peserta terdiri daripada pelbagai latarbelakang akademik dan pengalaman kerja. Mereka hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah dalam bidang-bidang yang berkenaan dan bertauliah daripada JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri.

 

TAJUK CERAMAH

Tajuk-tajuk yang akan disentuh di dalam kursus tersebut adalah seperti berikut:

  • Perkahwinan Di Dalam Islam
  • Prosedur Perkahwinan di Malaysia
  • Aqidah dan Ibadah
  • Akhlak dan Komunikasi
  • Hubungan Dalam Keluarga
  • Pengurusan Masa dan Kewangan
  • Pengurusan Kesihatan Keluarga
  • Pengurusan Stress
  • Konflik dan Penyelesaian

    PESERTA

    Para peserta hendaklah menghadiri semua sesi yang dijalankan dan menandatangi borang kehadiran yang diedarkan di setiap sesi. Bilangan peserta tidak boleh melebihi 150 orang bagi setiap sesi.

    Peserta juga dikehendaki berpakaian sopan, kemas dan menutup aurat. Dilarang merokok dan melakukan perkara sumbang. Peserta lelaki dilarang memakai barang kemas seperti gelang dan rantai. Peserta wanita dilarang memakai pakaian lengan pendek, ketat, nipis, berseluar jeans dan berkain belah.

    Peserta tidak dibenarkan menimbulkan gangguan di sepanjang kursus dijalankan seperti deringan telifon, menjawab telifon, bersembang dan seumpamanya.

    Tempat duduk lelaki dan perempuan adalah berasingan samada dalam bentuk kanan-kiri atau depan-belakang.

    Sebelum kursus dimulakan, penganjur akan memberi taklimat tentang perkara-perkara berikut:

    1. Peraturan kursus
    2. Peraturan peserta
    3. Jadula kursus
    4. Sijil
    5. Kemudahan

     

    SIJIL KURSUS PERKAHWINAN

    Hanya Jabatan Agama Islam Negeri dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sahaja berautoriti untuk mengeluarkan sijil kursus perkahwinan mengikut MBKPPI. Pihak penganjur akan mendapatkan sijil daripada mereka dan diserahkan kepada peserta setelah tamat kursus dijalankan. Sijil kursus adalah kekal seumur hidup dan tiada had tempoh bermula pada tahun 1997.