Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Q&A: Nasab Anak Zina

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback

Nasab Anak Hasil Hubungan Penzinaan

Assalamuaalikum wbt diucapkan kpd ahli panel Perkahwinan2u. Saya berkursus pada 1 bulan yang lepas.

Di sini saya ada satu soalan.

Seorang gadis telah berzina dan diketahui oleh pihak keluarganya melalui pengesahan doktor bahawa dia telah mengandung. Gadis itu akhirnya mengaku melakukan zina kpd keluarganya. Kemudian, pemuda yang menzinai perempuan itu ingin berkahwin dgn perempuan itu, sebagai rasa tanggungjawab terhadap kandungan tersebut. Bagaimanakah nasab anak "sulung" perempuan itu nanti? Adakah boleh dinasabkan kepada "suami" nya atau dinasabkan dgn Abdullah? Jika boleh dinasabkan kpd "suami" nya kalau lahir selepas berlalu tempoh 6 bulan, bagaimana ini berlaku sedangkan benih anak tersebut dicampakkan ke dalam rahim perempuan itu semasa mereka belum lagi aqad nikah yang sah.

Saya berharap ustaz sertakan sekali pendapat jumhur ulama' dan pendapat 4 mazhab yang lain. Jika tidak keberatan, sertakan sekali petikan-petikan drpd kitab-kitab rujukan untuk tatapan semua pelawat Perkahwinan2u.

Terima kasih kerna menyediakan ruangan ini. Sekian, terima kasih.
 

Jawapan:
   Waalaikumussalam wrbt

Kes ini boleh digolongkan dalam kes ana ktidak sah taraf. Huraiannya seperti di bawah:


Latar Belakang

Kebelakangan ini sering kedapatan anak-anak yang dilahirkan bukan menerusi jalan yang sah (anak luar nikah / zina) yang boleh menimbulkan pelbagai persoalan dan implikasi kepada masyarakat dan negara sama ada dari segi penamaannya, pergaulan dan hak-haknya.


Tafsiran "Anak Tak Sah taraf"

Tafsiran 'anak tak sah taraf", dalam garis panduan ini menerima pakai tafsiran Yang diperuntukkan di dalam kebanyakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri yang menyatakan bahawa "anak tak sah taraf" ialah seseorang anak yang dilahirkan:
i. di luar nikah iaitu sama ada akibat daripada zina atau dirogol
ii. anak yang dilahirkan kurang enam bulan dari tarikh akad nikah dan dia anak yang bukan daripada persetubuhan syubhah.

Dalam pandangan Islam, anak yang lahir setelah enam bulan atau lebih dari tarikh pernikahan maka dikira anak yang sah. Hanya Mazhab Shafi'i sahaja yang membenarkan anak susuan berkahwin dengan bapa tak sah.

Penamaan

i. Jika seseorang perempuan Melayu Islam bersekedudukan tanpa nikah, sama ada dengan lelaki Islam atau lelaki bukan Islam dan melahirkan anak, maka anak itu hendaklah di bin atau di binti kan Abdullah atau lain-lain nama Asma al-Husna berpangkalkan Abdul.

ii. Seseorang anak tak sah taraf atau anak luar nikah tidak wajar dibin atau dibintikan kepada ibu anak tersebut kerana ini mungkin boleh menimbulkah masalah sosial dan kesan psikologi.kepada kanak-kanak itu. Oleh yang demikian anak tersebut seelok-eloknya dibin atau dibintikan kepada Abdullah atau lain-lain nama "Asma al-Husna' berpangkalkan Abdul.

iii. Seseorang anak yang dijumpai terbiar atau anak pungut yang tidak diketahui asal usulnya hendaklah dibin atau dibintikan Abdullah dan jika nama Abdullah bersamaan dengan nama orang yang memelihara anak itu, maka bolehiah dipilih nama Asma al Husna" lain yang berpangkalkan Abdul seperti Abdul Rahman dan Abdul Rahim.


Pergaulan

Dari sudut Islam, anak tak sah taraf tidak boleh dihalang daripada menjalin apa-apa hubungan atau menjalankan aktiviti yang boleh dijalinkan atau dijalankan oleh seseorang kanak-kanak Islam yang sah tarafnya.

Pergaulan anak tak sahtaraf dengan lelaki yang telah melakukan persetubuhan tanpa akad nikah dengan ibunya, walaupun lelaki itu adalah bapanya sebenar, hendaklah berasaskan pergaulan antara anak tiri dan bapa tirinya.

Jika anak tak sahtaraf itu ialah seorang anak perempuan maka wudhu'nya dan wudhu' suami ibunya, sama ada si suami itu adalah bapanya yang tidak sah ataupun lelaki lain, tidak akan terbatal wuduknya kerana pada pandangan syarak suami ibunya itu sebagai bapa tirinya.

Perhubungan antara anak tak sah taraf dan anak-anak sebelah ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan kekeluargaan yang sah, tetapi perhubungan ini tidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapanya yang tidak sah itu.


Implikasi Anak Tak Sahtaraf Dari Segi Hukum Syarak
Kedudukan seseorang anak tak sahtaraf dari segi hukum syarak adalah seperti berikut:

i. Nasab (keturunan)

Dari sudut hubungan nasab keturunan, anak tak sahtaraf tidak harus dibinti atau dibinkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya. Dia hendaklah dibinkan kepada salah satu nama Asma al-Husna atau sifat Allah.

ii. Nafkah

Segala nafkah dan saraan hidup anak tak sahtaraf adalah menjadi tanggung- jawab ke atas ibunya. lni adalah kerana anak tak sahtaraf dinasabkan kepada ibunya dan tidak kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.

iii. Pusaka

Anak tak sahtaraf tidak terputus hubungan keturunan dengan ibunya. Oleh itu kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara satu sama lain.Jika ibu meninggal dunia, maka dia berhak mewarisi pusaka ibunya bersama-sama ahli waris yang lain.

Begitu juga sekiranya anak tak sahtaraf itu meninggal dunia dengan terlebih dahulu, ibunya berhak mewarisi pusakanya. Seseorang anak tak sahtaraf adalah terputus hubungan daripada segi pusaka dengan bapanya yang tak sahtaraf dan dia tidak menjadi ahli waris dan tidak berhak mewarisi pusaka bapanya dan sebaliknya.


iv. Perwalian

Hak perwalian diri anak tak sahtaraf sebenarnya terletak kepada ibunya. Walau bagaimanapun, perwalian perkahwinan seseorang anak tak sahtaraf perempuan dipegang oleh wali hakim. Ini kerana seseorang perempuan tidak sah menjadi wali di dalam apa jua perkahwinan.

Lelaki yang menyetubuhi ibunya tanpa akad nikah sah, sama ada dia berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu, tidak sah menjadi walinya.

v. Perkahwinan

Seseorang anak tak sahtaraf perempuan boleh berkahwin dengan seseorang lelaki dengan sah.

vi. Penjagaan

Penjagaan anak tak sahtaraf adalah dipertanggungjawabkan semata-mata pada ibu dan saudara mara sebelah ibu.

vii. Kematian

Kematian seorang anak tak sahtaraf yang belum baligh adalah menurut hukum agama ibunya. jika ibunya beragama Islam maka dia dihukum sebagai seorang Islam. Dengan demikian mayatnya hendaklah diurus secara pengurusan jenazah Islam.Jika ibunya bukan seorang beragama Islam maka dia dihukum sebagai bukan seorang beragama Islam sekalipun lelaki yang menyetubuhi ibunya itu seorang Islam.

viii. Amal Kebajikan

jika semasa hayatnya anak tak sahtaraf telah melakukan amal kebajikan sama ada untuk diri sendiri atau untuk masyarakat, maka segala manfaatnya dari segi pahala dan lain-lain akan kembali kepada dirinya juga.

Jika seseorang anak yang dipungut yang tidak dapat ditentukan keturunan iaitu sama ada Islam atau bukan Islam, maka adalah menjadi tanggungiawab kerajaan membesarkannya menerusi kebajikan dan mendidiknya menurut agama Islam.


Hak Samarata

Seseorang anak tak sahtaraf adalah insan biasa. Dia hendaklah diberi perlindungan dan juga nafqah sama seperti anak-anak lain dari sudut agama dan undang-undang. Dia juga berhak mendapat perlindungan sepenuhnya daripada ibunya, keluarga ibunya dan Kerajaan.


Sekian, wallahu a'alam.