Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Q&A: Berpisah atau tidak?

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback

Berpisah atau tidak?

   Beberapa minggu sudah saya bergaduh besar dengan isteri saya disebabkan oleh perkara yang saya kira terlalu kecil. Selepas masing-masing meninggikan suara, saya menjadi terlalu marah lalu berkata "kalau dah macam nie...kita berpisah sahaja". Niat saya masa itu kalau berlaku perkara yang sama sekali lagi, kami bercerai sahaja. Malangnya isteri saya terus-terusan memprovokasikan saya sehingga saya menjadi terlalu marah dan mengucapkannya ucapan yang sama sekali lagi sebanyak 3 kali. Akhirnya isteri saya bertanya adakah saya berniat dengan apa yang saya ucapkan? saya menjawab "ya". Bila diulang soalan yang sama, saya tetap menjawab "y"a. Dalam hati saya masa tu, saya serius akan menceraikannya kalau berlaku perkara yang sama (bergaduh besar macam ni).

Soalan saya, adakah perbuatan atau lafaz saya itu di kira jatuh talak (yakni talak yang tidak sahih)??
 

Jawapan:
   Perkataan 'talak' di dalam bahasa Melayu bermaksud cerai. Sekiranya perkataan talak atau cerai disebut, ia tidak memerlukan niat. Dalam kes saudara, perkataan 'berpisah' digunakan. Perkataan ini dari sudut bahasa tidak membawa maksud talak/cerai. Tetapi, sekiranya ia disertai dengan niat untuk menceraikan isteri pada waktu itu, maka jatuh lah talak atau cerai kepada isteri.

Dalam masalah di atas, saudara telah mengi 'ya' kan maksud tersebut setelah ditanya oleh isteri saudara atas niat untuk menakutkan, bukan untuk menceraikan. Oleh yang demikian, secara zahirnya, lafaz saudara itu tidak membawa kepada perceraian.

Namun, saudara perlu ingat bahawa lafaz-lafaz begini tidak boleh dipermainkan-mainkan, kerana dikhuatiri niat saudara pada waktu melafazkan perkataan tersebut ialah memang untuk menceraikannya. Saya bimbang apabila sudah terlafaz, baru saudara hendak mengubah niat tersebut. Kalau keadaan begini berlaku, maka ia perlu kembali kepada niat asal saudara.

Akhirnya, jagalah keharmonian rumahtangga, hiduplah dengan aman damai dan kurangkan perselisihan faham. Persefahaman penting dalam hidup berumahtangga ini.

Wallahu a'alam