Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Q&A: Nikah Gantung

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback

NIKAH GANTUNG

SOALAN

   assalamualaikum ustaz..
saya bersama dengan teman wanita saya sudah sama2 bersetuju dan sepakat untuk berkahwin...namun begitu apa yang menjadi masaalahnya di sini...kedua2 org tua saya tidak merestui utk kami kahwin awal tetapi pihak wanita setuju dengan niat kami..untuk pengetahuan ustaz, kami berdua sama2 menuntut di luar negara yang penuh dengan pelbagai dugaan dan lebih terdedah kepada perkara kemaksiatan...atas dasar untuk mengelakkan hubungan yang tidak diredhoi dan ingin mendapatkan ketenangan dalam hubungan kami dengan Allah, terfikir untuk nikah gantung sebagai satu cara bagi menyelesaikan masaalah kami ini...keadaan keluarga saya agak cetek pengetahuan tentang Islam antara sebab yang menyukarkan niat kami itu....jadi apa pandangan ustaz berkenaan dengan masaalah kami, apakan implikasi baik buruk berkaitan dengan nikah gantung..apa pandangan Islam berkaitan dengan nikah gantung....harap ustaz dapat nukilkan masaalah kami...wallahua'lam
 

JAWAPAN

   Sebenarnya tiada istilah nikah gantung dalam Islam. Kalau sudah nikah dengan syarat dan rukunnya yang cukup, maka ia adalah nikah secara Islam yang sah. Cuma saya faham maksud saudara dengan istilah 'nikah gantung' ialah suatu perkahwinan yang tidak diserikan dengan majlis kenduri-kendara dan belanja hantaran yang besar seperti yang selalu dibuat oleh orang ramai.

Kalau itulah maksudnya, maka 'nikah gantung' itu harus dilakukan kerana kenduri dan hantaran yang besar itu bukan rukun dan bukan syarat nikah. Kenduri sebg walimah untuk menjemput sanak saudara dan kenalan untuk meraikan pasangan mempelai hanya sunat sahaja. Kenduri secara kecil-kecilan pun memadai. Manakala hantaran adalah hadiah pihak lelaki kepada wanita. Hadiah ialah pemberian ikhlas, tidak wajib. Tetapi masyarakat kita hari ini seolah-olah mewajibkan hantaran ini dan menjadikannya sebagai kebanggaan. Bila kebanggaan dijadikan matlamat, maka ia bukan lagi ibadat, sebaliknya maksiat yang membawa dosa kerana bermegah-megah, riak serta sum`ah (harapan supaya orang lain dengar dan memuji).

W/pun ia dikatakan harus, sebaik-baiknya berbincanglah dengan ibu bapa dan keluarga kedua-dua pihak supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Ingat, perkahwinan bukan sekadar berkawan, tetapi hubungan keramat yang menyatukan dua jasad dan dua jiwa. Jika ini tidak dapat disatukan, maka kehancuranlah akhirnya. Kalau dipersetujui dan semua pihak menyambut baik, maka teruskanlah hasrat saudara itu.

Tetapi jika yang dimaksudkan dengan 'nikah gantung' ialah nikah untuk memuaskan nafsu seks semata-mata tanpa membebankan suami dengan sebarang tanggung jawab nafkah zahir (kerana mungkin belum ada sebarang pendapatan), maka ia tidak harus. Ini kerana perkahwinan adalah hak dan tanggung jawab antara suami isteri zahir dan batin. Jika saudara merelakannya juga, saudara menceburkan diri ke lembah berisiko.

Melainkan jika pasangan saudara itu mempunyai prospek masa depan dan dalam masa sekarang telah memiliki kemampuan untuk memberi nafkah asas untuk saudara. Yang dia tidak mampu cuma belanja kenduri dan hantaran yang beribu-ribu itu saja. Jika ini keadaannya, iaitu pasangan saudara itu telah mampu memberi nafkah asas sementara dia memperolehi pekerjaan tetap nanti, maka perbuatan menangguh perkahwinan kerana menuggu perbelanjaan besar boleh membawa dosa yang lebih banyak. Bukankah Allah s.w.t. memerintahkan para wali dan pihak berkuasa supaya mengikhtiarkan supaya orang2 bujang dikahwinkan jika perkahwinan itu memberi kebaikan kepada mereka dan Allah s.w.t. menjanjikan kesenangan dan limpah kurnia daripada.-Nya jika kebetulan orang bujang itu masih fakir (Surah al-Nuur 24:32).

Jadi kesimpulannya, sesuatu perkahwinan yang cukup syarat dan rukunnya w/pun dinamakan 'nikah gantung' kerana tidak dikendurikan dengan majlis besar2an dan seolah-olah tiada 'rumah tangga' perkahwinan, hukumnya harus dan boleh dilaksanakan. Hubungan suami isteri 'nikah gantung' ini adalah seperti suami isteri perkahwinan yang biasa yang boleh menjalankan hak dan tanggungjawabnya. Tetapi jika yang dimaksudkan dengan 'nikah gantung' itu ialah perkahwinan 'rahsia' yang diakadkan antara sesama kawan (seperti al-zawaj al-`urfi di negara2 Timur Tengah), maka kesahihannya boleh dipertikaikan dan pihak berkuasa agama boleh mengambil tindakan w/pun pasangan itu tidak boleh dituduh berzina.