Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Q&A: Nikoh Duo

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback

 

SOALAN

Assalamulaikum.........

ust. kawe dah nikah duo.. tapi kawe tak royat kat bini tua kawe lagu mano tu... buleh ko..tak dosoko?

tk.

 

JAWAPAN

 

Waalaikumussalam,

 

Fiman Allah: "Maka hendaklah kamu kahwini apa yang baik bagimu di kalangan wanita itu satu, dua, tiga dan empat. Tetapi sekiranya kamu takut tidak berlaku adil maka cukuplah dengan satu (seorang)".

 

Islam mensyariatkan perkahwinan dan membenarkan poligami untuk kebaikan manusia samada yang bergelar lelaki mahupun wanita. Kebenaran tersebut adalah bersyarat ialah si suami hendaklah berlaku adil.

 

Islam tidak mensyaratkan si suami mendapatkan kebenaran si isteri yang lebih awal bagi membenarkan ia berkahwin secara sah mengikut perundangan Syariah. Jadi perkahwinan tersebut adalah sah dan tidak berdosa.

 

Walaubagaimanapun, dalam sistem pentadbiran, Islam turut membenarkan pemerintah atau "ulul amri" memperkenalkan sistem-sistem sokongan agar syariah lebih terpelihara dan berjalan dengan lebih sistematik.

 

Bagi sesetengah negeri di Malaysia, disyaratkan si suami yang ingin berpoligami ini mendapat restu daripada isteri yang terdahulu. Bagi yang mengikut prosedur ini, ia terlepas dari segi hukum syarak dan undang-undang pentadbiran Islam di Malaysia. Bagi yang tidak mengikut prosedur ini, ia juga terlepas dari hukum syariat dan tidak berdosa. Tetapi, pemerintah sesetengah negeri ada hak untuk mengambil tindakan kerana perkahwinan ini tidak mengikut prosedur.

 

Dilihat dari sudut kehidupan rumahtangga, suatu hari nanti, isteri yang awal akan tahu juga bahawa dia sudah bermadu. Jadi, gunakan cara yang hikmah dan masa yang trerbaik untuk menjelaskan perkara ini kepada isteri yang awal tersebut sebelum perkara yang kurang baik berlaku.

 

Di dunia moden pada hari ini melihat banyak masalah berlaku dan peratus golongan yang tidak berkahwin semakin meningkat, justeru adalah lebih baik prosedur dikurangkan dan dimudahkan sekadar perlu. Walaubagaimanapun, jika terlalu mudah ia juga boleh menimbulkan masalah lain. Jalan pertengahan adalah yang terbaik.

 

Wallahu'alam.

 

Wassalam.