Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Q&A: Tanggungjawab Anak Perempuan

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback

SOALAN
 
A'KUM,
Mak saya menyuruh saya balik kampung selalu....sedangkan biasanya kewangan suami saya tidak mengizinkan...hinggakan saya pernah tak balik kampung selama 9 bulan dan dimarahi ibu saya yg tidak memahami...di sini adakah saya boleh dikategorikan sebagai anak derhaka atau bakal menerima doa2 mak saya yg memaki saya...sedangkan kadang2 saya mengirimkan wang setakat yg saya mampu.
 
 
JAWAPAN
 
Waalaikumussalam.
 
Seorang anak wajib berbuat baik dan mentaati perintah ibubapa selagi tidak bercanggah dengan Islam.
 
Apabila berkahwin, anak perempuannya telah menjadi isteri orang dan menjadi tanggungjawab suami untuk menjaga, mendidik, membimbing dan melindunginya.
 
Hubungan suami-isteri ini tidak memutuskan hubungan di antara anak perempuan dan ibubapanya sendiri. Ketaatannya kepada suami adalah lebih utama daripada ibubapa. Walaubagaimanapun, suami tidak boleh menyalahgunakan kuasa yang diberikan.
Isteri yang tidak balik ke kampung atas permintaan ibubapa kerana mempunyai masalah kewangan seperti ini tidak jatuh hukumnya sebagai anak derhaka.
 
Wang yang dihantar tersebut menunjukkan saudari mengingati ibubapa dan ingn cuba meringankan beban kewangan ibubapa yang sedia ada walaupun kewangan saudari juga kurang. Sikap ini wajar dicontohi.
 
Pilihlah waktu yang paling sesuai. Berbincanglah dengan ibubapa dengan baik dan hikmah. Beritahulah mereka keadaan sebenar agar mereka memahami.