Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Q&A: Masukkan Vibrator Dalam Kemaluan Isteri

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback

SOALAN
 
Masukkan Vibrator Ke Kemaluan Isteri
 
Assalamu'alaikum,

Apakah hukumnya memasukkan alat seperti vibrator kekemaluan isteri sebagai sebahagian dari muqadimah sebelum melakukan jimak.
wassalam
 
 
JAWAPAN
 
Waalaikumussalam,
 
Sebelum melakukan jimak, disunat dan digalakkan kepada suami-isteri melakukan rangsangan sebagai mukadaimah jimak. Larangan-larangan umum wajiblah dipatuhi seperti tidak melalui dubur, tidak sewaktu isteri didatangi bulan dan seumpamanya.
 
Dalam masa yang sama, kita sentiasa diingatkan dengan satu qaedah bahawa sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia adalah haram. Ini adalah prinsip sadduz zaroe'. Sadduz Zaroe' ialah ialah prinsip  syara' yang menyekat apa sahaja yang boleh membawa kepada melakukan perkara haram.
 
Perlulah diingati vibrator itu samada dengan kehadiran atau ketiadaan isteri akan tetap merangsang nafsu seseorang yang menggunakannya.
 
Penggunaan vibrator kemaluan isteri ini untuk muqadimah jimak ini ditakuti boleh membawa kepada perkara haram. Dalam jangka masa yang panjang, si suami mungkin pada suatu hari mendapati dia lebih puas dengan vibrator tersebut daripada isterinya. Si suami mungkin merasakan tidak perlu risau ketiadaan isterinya untuk memuaskan nafsu naluri semulajadinya.
 
Ini boleh merosakkan kehidupan rumahtangga muslim yang selama ini bahagia, aman dan tenteram