Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Q&A: Patuh Suami

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback

Patuh suami

Assalamualaikum wr wb

Saya ingin bertanya ... jika suami saya meminta saya berhenti dari bekerja, adakah wajib saya patuhi ... untuk makluman saya bertugas berlainan negeri dengan suami saya ... sebab saya pernah mendengar ceramah dari seorang ustazah sewaktu mengikuti kursus persiapan berumahtangga yang mana ustazah tersebut telah menasihati saya supaya jangan sekali-sekali berhenti kerja jika sudah berumahtangga nanti jika suami menyuruh berhenti kerja ... tambahnya lagi kita tak akan tahu adakah sehingga bila suami akan bersama kita jika dia sudah tidak bersama dengan kita nanti ... Wassalam 
 

JAWAPAN

Assalamualaikum wr wb

Adalah menjadi kewajipan si isteri untuk mematuhi perintah si suami selagi mana si suami tidak menyuruh melakukan perkara mungkar.

Seseorang wanita, sekiranya sudah berkahwin dan ingin bekerja, perlulah mendapat keizinan dari suaminya. Kerana tanggungjawab menjaga wanita itu sudah terletak di atas bahu suaminya, bukan ahli keluarganya ataupun orang lain.

Di sana ada dalil dalil yang membenarkan wanita bekerja. Menurut Dr. Abd. Karim Zaidan, bekerja adalah hak bagi setiap Muslim, dan syara' tidak menghalang untuk bekerja.

Bagi kes ini, puan berada jauh daripada suami. Suami berhak meminta puan berhenti kerja memandangkan tugas mencari nafkah adalah tugasnya.

Kebiasaannya, seseorang yang telah berkahwin itu memerlukan kasih sayang dari kedua dua pihak. Sekiranya puan berada jauh dari suami, bagaimana puan ingin menjaga makan minum suami, apatah lagi memberikan kasih sayang yang diinginkan.

Masa depan kita tidak tahu. Janganlah puan terlalu risau memikirkannya. Ketika bersuami, puan harus fikir macamana hendak memberi layanan yang terbaik kepada suami puan.

Nasihat ustazah itu tidak boleh dijadikan hujah yang kuat bagi puan meneruskan kerja di negeri lain. Jika puan ingin bekerja juga, carilah tempat kerja yang baik, dekat dari rumah agar puan boleh berada di samping si suami ketika ia memerlukan kasih sayang isteri.

Wassalam.

Ruj:
Al-Qur'an, Surah al-Nisa':34-35

Dr. Abd. Karim Zaidan, al-Mufassal Fi Ahkam al-Marah Wa al-Bait al-Muslim, jil. 4, cet. ke 3, 1997, hal.259-276.