Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Q&A: Jatuhkah talak?

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback
 
Soalan:
 
Apakah jatuh talak jika sekiranya suami mengatakan "abang ceraikan awak dengan talak satu" dalam keadaan tertekan dan dipaksa.Si isteri ketika itu dalam keadaan dikuasai oleh iblis(terkena sihir pemisah berdasarkan tanda-tanda yang ada seperti benci yang melampau-lampau terhadap suami tanpa sebab munasabah)telah memaksa suami menceraikannya, jika tidak si suami tidak dapat keluar rumah untuk bekerja, sedangkan sebelum itu telah 2 hari berturut-turut si suami tidak dapat pergi kerja kerana si isteri telah menyembunyikan kunci dan menghalang di depan pintu.Si isteri memaksa suaminya menceraikannya dulu barulah pintu itu dapat dibuka.Rumah itu memang hanya mempunyai satu pintu sahaja untuk keluar kerana ia rumah flat.Dalam keadaan terpaksa dan terdesak si suami tanpa kerelaannya telah melafazkan cerai untuk membolehkannya keluar pergi kerja. adakah talak jatuh?  

 

Jawapan:


   Jatuh talak tersebut kerana lafaz yang diucapkan ialah lafaz yang 'sarih' atau lafaz yang jelas. Lafaz yang 'sorih' tidak memerlukan niat. Sekiranya dilafazkan, dalam keadaan apa sekalipun, talak tetap akan jatuh.

Mengenai gangguan terhadap si isteri, saya cadangkan agar dapat berubat dengan cara Islam. Carilah mereka yang berkebolehan menghalau jin/syaitan yang mengganggu tersebut.


Bolehkah perkahwinan itu dijalankan oleh ibubapa pengantin sendiri dan bukannya tok kadi?

 
Boleh dan memang pada asalnya bapalah yang menjadi wali dan yang akan mengahwinkan anak perempuannya dengan seorang jejaka yang dirtestuinya. Walaubagaimanapun, diharuskan bagi bapa mewakilkan perkahwinan tersebut kepada Imam Jurunikah atau Tok Kadi kawasan masing-masing. Dari segi pentadbiran Undang-Undang Kekeluargaan Islam di Malaysia, bapa tersebut hendaklah mengisi borang sebagai memberi kuasa kepada Imam Jurunikah bagi menikahkan anaknya bagi pihak dirinya.
 
Sekian, terima kasih.