Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Q&A: Hubungan Suami-Isteri

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback

   Assalamualaikum...

Ada orang alim yang berkata bahawa tidak boleh bersama dengan suami/isteri pada malam Aidilfitri dan malam Aidil Adha, juga pada malam 1, 15 dan 30 bulan Qamari kerana pada hari hari tersebut syaitan bersama dgn pasangannya, justeru itu dikuatiri air mani syaitan tersebut bercampur dgn air mani suami/isteri yang bersama pada malam itu. Ditakuti juga anaknya yang lahir kelak akan cacat, atau terlampau nakal/jahat. Benarkah dakwaan ini, atau adakah dalil yang membenarkan dakwaan ini. Mohon penjelasan ustaz.
Terima kasih
 

Jawapan:
   
Walaikumssalam wrbt

Pendapat itu kurang tepat dan tidak ada asas mahupun dari segi syarak, aqal dan perubatan modern. Ini adalah perkara khurafat yang tidak sepatutnya disandarkan kepada orang alim. Bagaimana dia tahu syaitan bersama dengan pasangan pada malam-malam tertentu? Ini suatu perkara yang tidak ada dalil. Kemudian, macam mana air mani syaitan boleh mencatatkan anak pada malam-malam tertentu sahaja? Perlu kita sedar bahawa Rasulullah mengajar kita berdoa sebelum bersetubuh " allahumma jannibna al-syaitan wa jannibi al-syaitan ma razaktana" . itulah yang sepatutnya menjadi ukuran dan panduan.

sekian.