Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Boleh tak memohon kahwin di KL saje.

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback

SOALAN

Perkara: Boleh tak memohon kahwin di KL saje.

Saya ingin mendirikan rumahtangga pada tanggl 31hb. Ogos 2003 akan datang. Apa yang saya faham melalui penerangan Ustaz Kamaldin semasa slot Perkahwinan dan Prosedur di Semua House ialah kita harus memulakan permohonan kahwin mengikut alamat kad pengenalan. Masalahnya ialah alamat ic saya di Johor dan alamat ic bakal isteri saya di Kedah. Kami telah lama tinggal di KL (lebih kurang 8 tahun). Tak bolehkah kami buat permohonan di KL sahaja atas 2 faktor di atas. Harap dapat penjelasan seberapa segera! Terima kasih.

JAWAPAN

Asasnya benarlah bahawa kita perlu memohon di negeri mengikut alamat kad pengenalan. Jika alamat ic kita di Johor, permohonan berkahwin harus dimulakan di Johor. Walaubagaimanapun, terdapat kelonggaran khasnya di Kuala Lumpur dan Selongor. Pemohon boleh mengajukan permohonan berkahwin di Kuala Lumpur atau Selangor dengan mengisi Borang Sokongan Anak Karyah jika menghadapi masalah seperti yang saudara sebutkan. 

Jika saudara dan bakal isteri tinggal di kawasan yang sama, permohonan boleh diproses serentak. Borang yang mengandungi maklumat tempat tinggal saudara dan bakal isteri perlu disahkan oleh Imam Jurunikah dan Imam Jurunikah yang sama akan mengesahkan borang permohonan kahwin tersebut. Prosedur berikutnya adalah sama sama seperti permohonan yang lain. Iaitu saudara harus ke jabatan agama untuk mendapat Surat Kebenaran Berkahwin dengan dilampirkan beberapa dokumen seperti surat akuan bujang (lelaki sahaja) dan sijil kursus perkahwinan.

Surat Kebenaran Berkahwin tersebut perlu dibawa kepada Imam Jurunikah semula agar Imam Jurunikah boleh menjalankan pernikahan tersebut di tarikh, waktu dan lokasi perkahwinan.

Sekian, wassalam.