Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Q&A: Kahwin Dengan Org. Morocco

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback

SOALAN

A'kum Ustaz

Saya ingin berkahwin dengan seorang lelaki dari Morocco. Kami telah berkawan selama 4 tahun dan dia menetap disini dgn bekerja sebagai peniaga barangan dari negaranya.

 

Tujuan saya disini ada untuk meminta pendapat ustaz,

1) Borang2 yg berkaitan.

2) Kursus kahwin.

3) Bahasa semasa nikah, dia tidak berapa pandai berbahasa melayu.

4) Hantaran & mas kahwin.

5) Kadi & masjid, saya tinggal diAmpang.

 

Ada beberapa soalan lagi tapi saya dahn tak ingat. Saya amat berharap agar ustaz dapat membantu saya dalam hal ini.

Terima kasih dan A'kum

 

Cartina

 

JAWAPAN

Waalaikumussalam,

 

Saudari ingin berkahwin dengan seorang lelaki dari Morocco yang telah dikenali selama 4 tahun. Nasihat saya sebelum membuat keputusan, eloklah berbincang dengan keluarga terlebih dahulu. Setelah berbincang, buatlah sembahyang istikharah  supaya Tuhan tunjukkan jalan yang sebenar. Jika keputusan yang terbaik telah dibuat, maka saudari perlu:

 

  1. Menghadiri kursus perkahwinan untuk mendapatkan ilmu rumahtangga dan sijil kursus.
  2. Dapatkan boring permohonan berkahwin di pejabat Kadi & jabatan agama yang berhampiran.
  3. Isi borang tersebut dan dapatkan tandatangan imam jurunikah sebelum mendapat kebenaran daripada pejabat kadi & jabatan agama.
  4. Mas Kahwin dan hantran adalah berbeza-beza di antara negeri-negeri. Contohnya di Wilayah Persekutuan, mas kahwin lazimnya RM80.00 sahaja. Hal ini terpulang kepada perunding di antara kedua pihak asalkan tidak menjado beban kepada pihak yang lain.
  5. Bahasa yang digunakan dalam majlis nikah ialah bahasa yang boleh difahami oleh kedua pihak dan yang berkaitan dengan majlis itu termasuk saksi dan wali. Tidak semestinya mesti menggunakan bahasa tertentu.
  6. Saudari perlu membuat urusan dengan imam jurunikah yang biasanya juga bertugas di masjid yang berhampiran. Permohonan untuk berkahwin hendaklah dibuat di pejabat kadi kajang.

 

Semoga saudari diberi petunjuk dalam membuat pilihan teman hidup ini. Sekian, wassalam.