Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Q&A: Anak Luar Nikah (Lanjutan)

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback

SOALAN

Walaupun telah terdapat persoalan berkaitan dengan anak luar nikah sebelum ini, saya masih tidak berapa jelas, di sini saya ingin bertanya lagi dimana seseorang gadis telah mengandung 1 bulan lebih dan berkahwin dengan teman lelakinya dan kira-kira 7 bulan kemudiannya melahirkan seorang anak perempuan, apakah anak tersebut dikira sebagai anak sah taraf dan bagaimana pula hal-hal yang berkaitan dengan perwalian, auratnya dan hokum faraid? Terima kasih.

 

 

JAWAPAN

Perbuatan seseorang wanita yang menyerahkan mahkota dirinya dan mengandung hasil dari ketelanjuranya bersama boyfriend atau tunangnya adalah tindakan yang amat berdosa. Dia wajiblah bertaubat seberapa segera. Dan bagi mengelakkan fitnah yang lebih besar dan merbahaya, eloklah wanita atau lelaki yang berzina berkahwin dengan pasangan yang dizinainya.

 

Bagaimana pula kedudukan anak di dalam kandungan si ibu tersebut? Anak tersebut tidak berdosa dan haram digugurkan. Terdapat fatwa ulama yang mengatakan bahawa wanita yang berkahwin secara sah, kemudian melahirkan anak setelah enam bulan berkahwin, maka anak tersebut menjadi anak sah taraf. Bererti anak tersebut boleh dibin atau dibintikan kepada si bapa. Implikasinya, bapa itu boleh menjadi wali kepada anak tersebut (jika perempuan) apabila dia ingin mendirikan rumahtangga kelak. Dan, di antara kedua-duanya boleh pusaka-mempusakai, tidak timbul masalah aurat dengan sebab bahawa mereka adalah anak-beranak.

 

Mereka yang hampir, sedang atau telah terlibat dengan hubungan cinta tidak terkawal seperti ini, kembalilah ke pangkal jalan kerana rahmat Allah itu luas.

 

Wallahualam.