Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Q&A: Di Antara Anak-Isteri & Ibubapa..

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback

SOALAN

Asalamualaikum,

 

suami saya menghadapi masalah kewangan dari segi hutang yang banyak walaupun gajinya lebih tinggi dari saya. tetapi disebabkan kasihan saya telah membayar sebahagian hutang-hutangnya.

tetapi kedang kala saya rasa terkilan kerana terpaksa menanggung beberapa bayaran dan keperluan dapur dan anak ( yang boleh dianggap sebagai nafkah zahir).

walaupon saya iklas membantu..tetapi kadang kala timbul rasa terkilan kerana suami saya masih memberi wang kepada keluarganya..wahal dia sendiri tidak mempunyai wang yang cukup.. dan akhirnya dia akan meminta wang daripada saya.

 

Adakah tanggung jwb beliau sebagai anak perlu diutamakan melebihi daripada tanggungjawab beliau sebagai suami dan bapak?

 

 

JAWAPAN

 

Waalaikumussalam,

 

Puan adalah seorang isteri yang baik (solehah) kerana kasihan kepada suami yang dibebnkan dengan hutang dan membantu menyelsaikannya. Kebaikan puan itu, seeloknya jangan diungkit lagi supaya bertambah pahala dan dirahmati Allah. Seseorang anak hendaklah berbut baik kepada ibu bapa terutama apabila mereka telah tua. Apabila sudah berumahtangga, dia bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Ini merupakan tanggungjawab seorang yang bergelar suami atau bapa. Dengan sebab itu, suami puan wajib mengatasi masalah nafkah tersebut dengan usaha yang bersungguh-sungguh kerana masalah nafkah menjadi keutamaan ke atasnya.