Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Banyak buat dosa, Ibubapa tak bagi kahwin...

Home

Latest Promotion | Baju & Pelamin | Wedding Cards | Pakej A | Pakej B | Pakej C | Pakej D | Pakej E | About Us | Printing Cost | Job Vacancy | Quick Feedback

Assalamualaikum...
Saya ingin bertanya kepada ustaz,umur kami 18 tahun, kami ingin
berkahwin... tetapi masalahnya kedua-dua belah keluarga kami tidak
merestui hubungan kami...kami telah banyak melakukan perkara yang
dilarang oleh agama...bolehkah kami bernikah tanpa pengetahuan
keluarga kami??
 
 

JAWAPAN

 
Mengikut undang-undang, seorang lelaki berumur 18 tahun ke 
bawah perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada mahkmah
untuk berkahwin. Begitu juga dengan seorang wanita yang berumur
16 tahun ke bawah.
 
Jika requirement ini dilepasi, saudara perlu mendapatkan restu 
dan kebenaran daripada kedua ibubapa. Seandainya mereka masih
tidak bersetuju, permohonan hendaklah dipanjangkan kepada jabatan
agama untuk tujuan rundingan dengan pihak yang terlibat. Jika 
rundingan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, pihak 
jabatan agama boleh mengunakan kuasa bagi menghalalkan 
perkahwinan anda dengan pasangan melalui wali hakim jika alasan-
alasan anda adalah munasabah mengikut pandangan syarak.
 
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa restu ibubapa dalam
urusan perkahwinan adalah amat penting dan boleh menjadi faktor
yang besar dalam kebahagiaan rumahtangga.