SOALAN
Assalamualaikum wr wb
Saya memohon nasihat sewjarnya:
Adik perempuan saya sudah berusia 52 tahun dan telah dilamar.
Pada umur itu beliau merasa agak malu untuk menghadiri kursus perkahwinan. Apakah
tindakan yang sesuai yang boleh diambil bagi memudahkan urusan pernikahannya.
Sila jawab segera.
JAWAPAN
Waalaikumussalam,
Untuk pengetahuan saudara Mansor Shariff dan pelawat Perkahwinan2u, kursus perkahwinan adalah diwajibkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendirikan rumahtangga. Walaubagaimanapun, terdapat had umur tertentu dimana calon tidak lagi perlu mengikuti kursus perkahwinan ini.
Lelaki yang berusia 46 tahun ke atas yang ingin berkahwin, tidak perlu mengikuti kursus ini. Bagi perempuan, had umurnya ialah 40 tahun ke atas. Mereka boleh terus membuat permohonan seperti biasa tanpa perlu melampirkan sijil kursus perkahwinan.
Semoga maklumat ini boleh membantu saudara mengahwinkan adik perempuan yang berusia 52 tahun itu. Semoga perkahwinan dicucuri rahmah dan kebahagiaan. Amin
Wallahua'lam.
Panelist
Tuan Haji Muhd Nor Kasim
Pengerusi ETE & Ex-Ketua Pen. Pengarah,
Bah. Nikah, Rujuk & Cerai, JAWI.