SOALAN
Assalamualaikum w.r.b.k.t
Saya, InsyaAllah saya akan mendirikan "masjid" pada akhir tahun ini. Bapa saya telah meninggal dunia dan kini segala urusan perkahwinan di buat oleh saya. Buat pengetahuan tuan, saya belum lagi mengikuti kursus pra-perkahwinan. Apa yg memeningkan saya ialah di mana saya boleh mencari jurunikah/kadi. Saya kini menetap di Desa Petaling, Sg. Besi.
Yang kedua nya, wali saya merupakan abg kepada arwah bapa saya dan beliau menetap di Perak. Sewaktu memohon utk berkahwin, adakah perlu bg pakcik saya utk turut hadir?
Terima Kasih. Wassalam.
Shazalienna Saharudin
JAWAPAN
Untuk mendirikan masjid atau berkahwin, perlulah bersedia dari segi rohani, jasmani dan akal. Saudari juga harus memenuhi beberapa perkara lain dari segi prosedurnya:
- Menghadiri kursus perkahwinan untuk mendapatkan ilmu rumahtangga dan sijil kursus.
- Dapatkan borang permohonan berkahwin di pejabat Kadi & jabatan agama yang berhampiran.
- Isi borang tersebut dengan diturunkan tandatangan anda dan wali
- Tertib wali nikah perlu diutamakan supaya nikah tersebut sah.
- Jika ayah telah meninggal, sila pastikan siapa yang akan menjadi wali.
- Wali boleh menikahkan anda dengan kebenaran daripada Naib Kadi
- Jika Wali tidak dapat hadir ke majlis pernikahan, Wali boleh mewakilkan Naib Kadi untuk menikahkan anda dengan menandatangani satu boring yang diperolehi di pejabat kadi atau naib kadi
- Dapatkan tandatangan imam jurunikah
- Saudari perlu membuat urusan dengan imam jurunikah yang biasanya juga bertugas di masjid yang berhampiran. Permohonan untuk berkahwin hendaklah dibuat di pejabat kadi kajang.
- Dapat kebenaran daripada pejabat kadi & jabatan agama.
Semoga maklumat ini boleh membantu. Wallahualam.